Friday, December 21, 2012

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
ALHAMDULILLAH
THANK YOU ALLAH
I LOVE YOU ALLAH!!!!
harap suma yang membaca dapat terkesan dihati anda semua...

"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal. 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam

IN SHAA ALLAH

Sunday, December 9, 2012

YOU ARE A PART OF MY LIFE!!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


alhamdulillah.....
thanks you ALLAH.....
I LOVE  YOU YA ALLAH!!!!


AKHIRNYE DPT JUGE ANA MENERUSKAN  AGENDA ANA DLM BLOG INI UTK TROS MENEGAKKAN AGAMA ALLAH ...IN SHAA ALLAH!!!

BERDASARKAN TAJUK ANA DALAM BAHASA INGGERIS TP ENTRY DALAM BAHASA MELAYU ITU PASTI ANDA SUME AKAN FAHAM...
JIKE BELUM FAHAM SEBENTAR LAGI ANTUM SEMUA AKAN FAHAM...

ANA BUKAN NAK TULIS TAPI AKAN MENGISIKAN BEBERAPA GAMBAR YG ANTUM SEMUA AKAN FAHAM DAN SEBENARNYA IA AMAT MENYEDIHKAN BUAT DIRI ANA...

BERIKUT ADALAH KATE2 DARI SAHABAT ANA YANG MEMBUATKAN ANA SEDIH SANGAT:

"sahabat adalah cermin diri kita...................tanpa sahabat tiadalah sifat dalam diri......................sahabatlah membentuk diri kita........................oleh itu teruslah bersahabat dengan orang lain dan jangan sesekali tinggalkan sahabat kita walaupun sebesar mana keslahannya kepada kita kerana nasihat dan sokongan seorang sahabat adalah tiang kpd sebuah ukhuwah"
(furqan followerz)

"indahnya hidup bersahabat...
x sangke sahabat2 ku yg bergelar lelaki menitiskan air mata mereka disaat perpisahan dgn sahabat2 yg lain dri hari jumaat smpai pg ahad...
sememangnya itulah yg plg mulia drpd tangisan krna percintaan yg sia2...
x sgke aq ade sahabat2 semulia hati korang......
dan igtlah shbt2 ku, saudara yg mencintai saudara yg lain krn Allah akn mendapat perlindungan rahmat-Nya...insyaAllah...
bro2 sekalian, jgn lupe sahabat anda yg slame ni 24 jam di sisi anda di bumi smamaiwp....
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA....
igt kite xpernah jadi kwn tp kite smue adlh SAHABAT...."

(AZHAR SULAIMAN)

KATA2 SAHABAT ANA DIA ATAS YG DI 'POST' DI 'FACEBOOK' MEMBUATKAN ANA TERIMBAS KEMBALI SAAT BERSAMA DI ASRAMA DAN HAMPIR MENITISKAN AIR MATA TERUTAMA KATA2 DARI AZHAR SULAIMAN....

ANA NAK SAMBUNG KATA2 AZHAR SULAIMAN BAHAWA
 "KITA TIDAK PERNAH JADI SAHABAT TETAPI KITA ADALAH ADIK BERADIK DAN SATU USRAH"

TIDAK MAMPU UNTUK BERKATA APA2 LAGI HANYA KENANGAN DALAM INGATAN....

HUZAIFAH,RASHID &
NAIM ISMAIL

DANIAL AIDEE...

KHAIRULLAH....

AIZZAT MISKON

FAWWAZ YUSRI

AIMAN YUSRI & HILMAN FIKRI

UMAIR & HADI

ASHRAFF KAMAL


AMIR ZUHDI

SUPER JOKES....HEHE

HAIDHAR HAMZI....

AMIR LUQMAN....

IZZAT RAZI....

BADRUL AMIN.....

AIMAN HASHIM....





KENANGAN BERSAMA ABG RAFI...


KAMI ASPURA FORM 5...

YANG PALING PENTING

WE ARE PLATINUM!!!!

SEMOGA UKHUWAH KITA KEKAL SAMPAI KE SYURGA...

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA!!!!!!


IN SHAA ALLAH!!!!

-MSN-