Friday, June 7, 2013

ALHAMDULILLAH!!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

ALHAMDULILLAH
THANK YOU ALLAH
I LOVE YOU ALLAH!!!!

ALHAMDULILLAH!
sebentar td bru je lps menjalankan salah satu daripada sunnah NABI MUHAMMAD SAW.
iaitu berBEKAM...

seperti sabda nabi:
Said bin Jubir  berkata dari Ibn Abbas r.a bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara: pertama dengan meminum madu (dengan obat herbal), kedua dengan berbekam/hijamah, dan ketiga dengan (terapi) besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku untuk melakukan pengobatan dengan besi panas." (HR. Bukhori)


mula2 sebelom pergi tu dr rumah dah rse takot...
rse takot yg terAMAT sangat kerana takot jarom yg digunakan utk cucuk kat badan tuh...
mmg dlm perjalanan x tenteram hati ni..
tapi,,
terpakse sabarkan hati...

so,,
sampailah kat chow kit
kat chow kit tuh mmg byk la kedai bekam klo gi sne...
yg kadang2 menyakitkan hati tgk org indon ni ngan selambanya penuhkan tempat parking tu ngan kedai urut tradisional diorg...memang geram la bapak aq...haha..sabar jer la...

lps dpt parking tu gi la jln cari kedai2 bekam tu...nak tgk harga semua sama je pastu masuk jela mne2 kedai kat situ...
aq masuk dia suh bukak bju(part ni yg malu)
nasib baik tmpt tertutup sket...
pasti dia start r kje dia wat bekam kt bdn aq...
first skali di wat xyah cucok ag sbb nak tgk angin dlu pastu tgk kat mne tnde yg ade drh kotor..
lps 15 minit dia cabut cup tu pastu ade 4 tmpt je yg ade tnde darah kotor..

so,,, 
dkt tmpt tu la yg dia akan cucuk jarum utk kluarkan darah kotor tu...
waktu ni mmg dah resah tgk dia pergi ambil jarum..
sebelom dia cucuk dia suh selawat..
aq pon selawat la mcm sbb dah takot skait..haha
waktu dia nak cucuk aq pejam mate..pastu mak ngan ayah aq ngan org tu skali gelak...
dia dah cucuk skali..

"dah cucuk ke blom ni"
itu dlm pemikiran aq waktu tu..
pastu dia smbg agi...

"laaa....x sakit pon dia cucuk..rse mcm kne gigit semut(padahal xde rse papepon)"
aq bermonolog lg..haha
mmg xsakit...jarom yg dia gunekan jarum yg tkn tu mmg khas utk kluarkan darah..
aq rse pernah jumpe kot kt skolah dulu waktu nak cek aq drh ape..sir shy ade bg rsenye bnde tu...
mmg x sakit la...

lps dah siap semua dia ade package ngurut...
"oh tidakk"
ni yg aq x ske..
dlm hati aq
"mzty sakit pak cik ni urut.."
hahah...
SAH...
mmg sakit...tgk tgn dia aq dah tau mmg sakit...
sampai aq tolak2 tgn pakcik tu urut badan aq...
tergelak org yg ade kt situ...
adoi...malu seyh...

tu jer la cerita yg dpt aq ceritakan kerana dpt juge aq lakukan BERBEKAM .ni...
dah lame teringin akhirnya tercapai jua hajat utk lakukan salah satu drpd SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW...
semoga dengan berbekam ni aq mendapat redha ALLAH S.W.T...

INSYAALLAH!!!

Thursday, June 6, 2013

NAFSU BUKAN TUHAN!!!!!

assalamualaikum w.b.t...
alhamdulillah
terima kasih ALLAH
ILOVE YOU ALLAH!!!!
NAFSU BUKAN TUHAN
"Arghh.. bodohnya aku! Kenapa aku ikut nafsu..?"
"Aduh.. aku kalah lagi dengan nafsu.."
"Kenapa aku begini? Teruknya.."
Kerana nafsu diri disalahkan.. begitulah keadaan kita apabila terlanjur melayan kehendak nafsu. Nafsu mengajak, kita melayan. Nafsu memang hebat. Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sanggup kita turuti.
Semuanya kerana apa? Kerana nafsu mengajak melakukan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Kita suka. Akhirnya, nafsu menjadi musuh yang sangat kita cintai.
Bayangkanlah.. keburukan nafsu seperti banyak makan, banyak tidur, banyak cakap, marah-marah, seronok berhibur, bermegah dengan kecantikan, sombong dengan harta kekayaan, gila pujian, rasuah, melihat aurat orang lain, dan lain-lain adalah sesuatu yang memang menjadi kesukaan manusia. Semuanya 'best-best'.
Allah 'Azza Wa Jalla juga ada menyebutkan..
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dijadikan terasa indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."[3 : 14] 
Mahu menentang perkara yang kita suka? Huu.. pasti sukar.
Nafsu yang menyeronokkan itu tetap akan ada dalam diri kita walau di mana jua. Apabila nafsu ditentang, diri kita yang terseksa. Menentang nafsu ibarat menentang diri sendiri. Keperitan dan kesakitannya pasti terasa. Maka ramailah dalam kalangan kita yang tidak menentang nafsu malah rela melayannya kerana tidak mahu diri terseksa.
Lalu apa jadi selepas nafsu dituruti?
Kita rasa menyesal atau rasa terhibur?
Kita kesal? Alhamdulillah.. bersyukurlah sekiranya kekesalan itu wujud dalam diri kita. 'Rasa menyesal' merupakan bukti bahawa kita masih beriman dan kita masih punya harapan.
Biarlah kekesalan itu mendorong diri kita untuk bertaubat, memohon keampunan daripada Allah atas keterlanjuran kita. Jangan ditangguh-tangguh taubat itu kerana pengampunan Allah tersedia buat hamba-hambaNya yang segera memohon ampun.

Sabda Rasulullah SAW;
مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ، ثُمَّ يَقُوْمُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّـهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّـهُ لَهُ
"Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia menyempurnakan wuduknya.
Kemudian ia bangun, lalu mendirikan salat dua rakaat, seterusnya memohon keampunan kepada Allah, melainkan Allah mengampunkan baginya."
[Riwayat Abu Daud dan Tirmizi] 
Mengadulah pada Allah akan kelemahan kita dalam melawan kerenah nafsu. Selalulah meminta kekuatan dan petunjuk agar diri kita tidak mudah tergoda oleh pujukan dan rayuan nafsu.
"Apa jadi kalau diri kita tidak rasa menyesal lalu terus hanyut dengan nafsu?"
Adush.. ruginya.. rugi besar..
Malang sungguh keadaan insan yang sedemikian. Sudah melakukan dosa namun tiada rasa penyesalan, itu tandanya kita adalah penderhaka. Langsung tidak rasa bersalah terhadap dosa. Sepertimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW;
"Sesungguhnya orang yang derhaka itu  melihat dosanya bagaikan lalat yang hinggap dihidungnya." 
 [Riwayat Bukhari]
Ya, memang benar. Apabila diri kita sanggup menderhaka kepada Allah semata-mata menurut kehendak nafsu, maka dosa akan dianggap sesuatu yang biasa. Lepas buat dosa, dibiarkan diri tanpa taubat. Seolah-olah dosa yang dilakukan itu tidaklah memberi kesan apa-apa melainkan kepuasan yang menyeronokkan.
Arhh.. apa sudah jadi? Adakah diri kita begitu?
Jangan. Jangan bersikap sebegitu wahai diri. Jangan jadikan nafsu sebagai Tuhanmu. Berhentilah  menurut kehendak nafsumu. Jangan sampai keseronokan dan kelekaan kita melayan nafsu menyebabkan kita rosak. Mata kita jadi buta, tidak dapat melihat kebenaran. Hati kita jadi keras tidak dapat dilembutkan dengan kebenaran. Lalu kita hidup dalam kesesatan.
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"[45 : 23] 
Jelas sungguh keterangan daripada Allah itu. Maka marilah kita bersama-sama takut kepada Allah 'Azza Wa Jalla dan berusaha menjauhkan diri daripada segala pujuk rayu hawa nafsu. Mudah-mudahan Redha dan Syurga-Nya menjadi milik kita. Hayati janji Allah ini;
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya."
[79 : 40-41] 
INSYAALLAH!!!