Saturday, October 11, 2014

UJIAN HIDUP

السلام عليكم ورحمة اللة وبراكاته


Hidup ini indah..andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..Hidup ini derita..andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan..
Bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat..
Renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini..
Demi menenangkan hati yang celaru..
Demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan..
Supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini..
Dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..”
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )
Sering kali kita terdengar luahan rasa insan-insan yang berputus asa ketika diuji. Ada ketikanya, mereka mencari penyelesaian yang salah, mencederakan diri sendiri, menyakiti diri sendiri, menyeksa diri sendiri dan seumpamanya.Ada jua yang sering menyalahkan takdir yang menimpa diri, mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka, memikirkan tiada yang menyayangi diri mereka, termasuklah Allah yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendaknya.Ada jua yang memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang dihadapi. Pabila iman di dada semakin tipis, aqidah yang dipelajari sedari kecil semakin pudar, yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan syaitan. Inilah yang akan terjadi.
Ini bukan sekadar kata-kata kosong. Kata-kata yang tidak memahami tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar. Kerana diri ini jua pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu. Mujur, saat dugaan datang menyapa, iman diri walaupun menipis, masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang buruk.
TINDAKAN ANDA KETIKA MENGHADAPI UJIAN HIDUP?
BUNUH DIRI ATAU SOLAT TAUBAT?
MENANGIS dan MERAUNG ATAU BERDOA?
Menangis, meraung, marah, mengamuk benda yang selalu dilakukan untuk mengekspresikan rasa di dalam hati. Tapi percayalah, air mata yang jatuh di atas sejadah itu lebih baik dari air mata yang jatuh di atas bantal. Mendiamkan diri itu lebih baik dari memaki hamun. Tersenyum itu lebih baik dari muka yang masam mencuka. Kerana itu lebih mententeramkan jiwa yang sedang bergelora.
Janganlah cepat berputus asa dalam meniti ujian yang mendatang. Janganlah mencari salah siapa atas dugaan yang menimpa. Redhakan lah diri. Lapangkan hati. Bukakan lah minda. Terima ketentuan setiap yang terjadi. Yakinlah dengan setiap hikmah yang ada. Kukuhkan lah kesabaran dalam jiwa.
“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”
(Az-Zumar 40:53)
Teringat satu ketika dulu, pabila diri dihimpit dengan rasa sedih yang teramat sangat, waktu itu hanya air mata jadi peneman yang setia. Tak berhenti-henti tangis dari pagi sampai malam. Sehingga menyebabkan mata tak dapat dilelapkan, makanan tak dapat ditelan.
Tiba-tiba hati tergerak dan terasa ingin mengambil wuduk. Lalu langkah kaki diatur menuju ke surau yang berdekatan. Surau yang jarang di imarahkan. Surau yang sunyi sepi tanpa ada seorang manusia pun di dalamnya. Sejadah dibentang. Lalu solat sunat dilaksanakan. Tangan ditadahkan. Segalanya diadukan kepada-Nya. Hati diserahkan 100% dan dihadapkan kepada-Nya.
Air mata tumpah sekali lagi. Dan air mata itu berhenti tatkala tertidur di atas sejadah itu dengan diri yang masih lengkap bertelekung. Bila terjaga dari tidur, hati terasa lapang, tenang, kegelisahan yang melanda hilang begitu sahaja. Bibir sudah mampu mengukirkan senyuman. Keputusan terhadap permasalahan diambil dengan mudah dan tegas tanpa ada apa-apa yang mampu mengugat keyakinan diri lagi. Tatkala itu hidayah mula datang mengusik hati nurani. Diri mula sedar akan hakikat kata-kata yang sering didengar..
“Dengan mengingati Allah, jiwa pasti akan menjadi tenang”
Dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan kita. Itulah hakikatnya. Tersenyumlah ketika dirimu diuji. Kerana ketahuilah, dengan diuji, kita tahu bahawa Allah masih mengambil berat tentang kita. Tak mengabaikan kita dan menyayangi kita. Lalu kita diuji untuk Dia mengetahui tahap keimanan diri kita terhadap-Nya. Untuk Dia ketahui tahap kita mencintai-Nya. Ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi musibah yang menimpa.
Tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup kita. Terasa pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita hadapi. Kegembiraan itu hanya dapat dirasai apabila kesedihan berlalu. Bahagia itu datang pabila derita dapat diatasi. Dugaan dan ujian ini juga untuk mengajar kita supaya berfikir dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan harian di dunia ini.
Betapa halus cara Allah mendidik kita agar kita tak terleka dalam menghadapi dunia yang fana ini. Carilah hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian kerana yakinlah dugaan yang datang bukan untuk menghukum tetapi untuk membimbing diri kita. Jadi jelaslah sekarang cara yang paling sesuai ketika menghadapi dugaan hidup adalah menyerahkan hatimu kepada Allah. Mohonlah perlindungan dan bantuan-Nya. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersirat di dalam nuranimu. Allah jua yang mampu menbantu kita kerana Allah itu Maha Berkuasa.
(p/s: “bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damai lah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya..”)

Sunday, October 5, 2014

SALAM AIDILADHA

assalamualaikum

alhamdulillah
i love you ALLAH,
terima kasih ALLAH,

di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha,
moga ALLAH merahmati kita semua..
insyaALLAH!!!

Monday, July 7, 2014

SYUKUR

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah
Terima kasih Allah
I Love You Allah


      Alhamdulillah...aku bersyukur sangat masih dipanjangkan umur,masih diberi peluang untuk bernafas,masih diberi peluang untuk menghirup udara segar ini.Ya..aku adalah seorang pendosa,sering alpa dengan dunia,selalu melakukan kesalahan ..tapi,Allah still give me chance untuk tros memohon keampunan dariNya..kadang, aku selalu terlupa untuk bersyukur kepadaNya oleh kerana alpa dan leka dengan dunia..ini semua adlah pinjaman dari yg Maha Esa..ya,suatu hari nanti masa aku akan tiba jua untuk kembali kepadaNya.

     Alhamdulillah....aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukannya dalam kategori senang mahupun susah..sungguh,aku sangat bersyukur dengan apa yg aku ada..aku bukanlah manusia jenis yg suka meminta(w'pon ade jugak kadang2)..sbb aku tidak suke susahkan orang lain..malah aku sangat gembira melihat orang lain senang..tidak perlu pon pakaian yg mahal2 ..ya,kadang2 ade jugak terdetik utk merasa pakaian yg mahal2 tp bg aku,aku sedar taraf ekonomi keluarga aku mcm mne,tak nak susahkan parents aku,bg aku cukup la dengan ape yg aku ade sekarang w'pon hanya baju murah yg aku pakai..biarlah murah aslkan kemas dan menutup aurat dan Allah  redha...ape gune beli mahal2 kalo Allah x redha...aku rase sgt bersyukur dengan kehidupan aku sekarang..aku masih boleh makan,minum,tdo di tmpt yg selesa ..sume itu sudah cukup...kat luar sane tu ,masih ramai lagi manusia yg perlukan makanan,minuman,tmpt tinggal,pakaian..ia membuatkan aku sangat memahami erti syukur yg sebenar w'pon sbnrnya susah nak diterjemahkan erti syukur itu..Kerana,jika aku berada dlm golongan orang yg "Senang" ,sungguh aku akan menjadi manusia yg tidak pernah nak melihat orang dibawahnya..aku berbicara sebegini kerana aku hidup dengan pelbagai ragam manusia..aku sudah masak dengan ragam manusia ini w'pon tidak kesemuanya...

       Alhamdulillah...aku sangat bersyukur kerana Allah tidak menjadikan aku orang yg cemerlang dlm peperiksaan...ya,aku sgt mengakui bahawa aku bukanlah seorang pelajar yg cemerlang dlm peperiksaan tp,aku ttp berasa syukur kerana diberi peluang untuk mempelajari ilmuNya..ya,sungguh aku takot untuk jadi manusia yg cemerlang dalam peperiksaan kerana aku takot sikapku akan berubah..manusia,hatinya cepat berubah..mane kita tahukan...cukupla dengan aku dpt belajar ilmuNya tanpa perlu cemerlang dalam sijil..sungguh ,ini yg aku sangat takot jika aku cemerlang dlm sijil...w'pon aku teringin sangat belajar di luar negara tp aku sedar siapa aku..biarlah ianya hanya tinggal niat...ya,kadang2 aku pernah jugak rse kecewa dengan result yg aku dapat,aku pernah berputus asa ,rase mcm nak lari jauh2 kerana tidak dpt membanggakan kedua ibu bapa..aku adalah anak harapan kedua ibubapaku..aku tidak dilahirkan dalam keluarga yang cemerlang dalam pelajaran..tp kedua ibu bapaku sering mengharapkan aku mendapat yg terbaik dalam peperiksaan b'banding dengan kakak2ku..ini mungkin kerana aku dr sekolah rendah sudah tunjukkan kebolehanku kpd kedua ibu bapaku..walaubagaimanapun,aku sgt2 bersyukur di mana aku berada sekarang....

        Alhamdulillah....aku dilahirkan dengan keluargaku sentiasa membataskan had pergaulan aku sejak dari kecil..ibu bapaku tidak pernah membiarkan aku hidup bebas..dan aku bersyukur sangat dengan di mane aku berada sekarang..aku tidak terjebak dengan masalah sosial, pergaulan bebas dan lain2..dan yg paling sangat2 aku bersyukur ialah aku dimasukkan ke sekolah agama..aku berasa sangat beruntung..ini adalah kehendak aku sejak sekolah rendah..ya,sungguh aku berasa sangat tidak selesa apabila berada di sekolah rendah...aku tidak tau kenapa..mungkin hati aku tiada di sekolah rendah..aku melihat pergaulan di sekolah rendah sangat bebas dan aku rasa sangat tidak selesa...sama juga di sekolah menengah..aku pernah barada di sekolah menengah kebangsaan selama 2 hari...sungguh...ini bukan biah,suasana yang aku inginkan...dan cita2 aku untuk masuk ke sekolah agama tercapai..dan inilah biah dan keadaan yg aku inginkan..pergaulan sentiasa terbatas...walaupon aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga yg mempunyai latar belakang agama tp kedua ibu bapaku sentiasa mengehadkan perjalanan aku...dan aku sangat bersyukur tidak perlu terjebak dengan aktiviti2 yg tidak bermoral..oh!!sungguh aku jijik melihat sume tu..jika aku teroskan pembelajaranku di sekolah menengah kebangsaan,aku bukanlah aku yg sekarang rasenya...

    Alhamdulillah...aku sangat2 bersyukur dengan kehidupan aku sekarang...bg aku,ini sudah cukup sempurna w'pon sebenarnya masih banyak sgt kekurangan berbanding orang lain yg lebih sempurna...kadang2 pengalaman hidup mematangkan aku untuk meneruskan kehidupan akan datang..Susah sebenarnya untuk menjadi orang yg bersyukur dikala kita berada dalam dunia yg penuh dengan pancaroba ini...ye la...aku tidak perlu mengemis di tepi jalan,rumah ke rumah untuk mohon bantuan(bukan nak hina mereka ini)..kadang2 melihat mereka ini membuatkan aku.."Oh!!ade lagi yg lebih susah dari aku"...dan membuatkan aku sekeluarga sangat bersyukur dengan ape yg kami ade sekarang...

   Alhamdulillah...Alhamdulillah.... Alhamdulillah...
  
   Terima kasih Allah atas nikmat kurnia yg sgt2 tidak terhingga ini yang engkau berikan kami sekeluarga..ape la guna jika kami dalam keluarga yg "Senang" tapi lupa akanMu ya Allah...

"Allahumma a'inni ala zikrika wasyukrika wa husni hibadatika"




Friday, July 4, 2014

RAMADHAN 1435H 2014

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah
Terima kasih Allah
I love you Allah!

Alhamdulillah masih  diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk bertemu dengan bulan yg mulia lagi penuh dengan barakah.

Moga kita semua dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk menempuhi bulan yg sungguh mulia ini dengan jayanya.


RAMADHAN KAREEM!!!!!

To be continued.......

Wednesday, June 18, 2014

takde pape...

lame gile la x update blog ni..
bkn masalah kekangan masa tp masalah lain..
haha..
slps ni akn mencubakan diri utk mengupdate blog ni..
ok...insyaALLAH !

PEACE!!!

Tuesday, January 7, 2014

PRAY FOR JIWA KITA

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH
THANK YOU ALLAH
I LOVE YOU ALLAH

alhamdulillah...kita masih di beri  peluang utk bernafas di muka bumi ALLAH ni...kita hanya hambaNya...maka bersyukurlah kita kerana masih di beri peluang utk hidup dan menghirup udara ALLAH yg segar ni...
alhamdulillah...

ape ade pada tajuk?
mcm2 ade....mcm maksod yg wujud...dan mempunyai pelbagai cerita ...

aku adalah produk dari sebuah sekolah agama yg cukup hebat...aku rse sgt bersyukur krn ALLAH dah pilih aku utk masok sekolah tuh...sekolah ni baru sahaja di tubuhkan...mempunyai matlamatnya ,visinya dan misinya yg tersendiri...adelah sebuah sekolah agama  yg ditubuhkan di wilayah persekutuan kuala lumpur...ia bertujuan memenuhi kehendak ibu bapa yg ingin membawa anaknya ke sekolah agama di peringkat yg lebih tinggi...

sanagat seronok berada disekolah itu..aku di didik,di asuh,di tarbiah,di ajar untuk mengenal islam dengan lebih lagi...aku tidak tahu apa akan aku jadi jika aku tidak masuk kesekolah tuh...kat sekolah tuh aku mempunyai guru2 yg sangat bagus,sangat awesome,sangat penyayang dan tersangatlah hebat...

aku bersyukur kerana dapat guru yg sebegitu...mereka telah mengajarku 
apakah itu erti keberkatan?
apakah itu erti ukhuwah?
apakah itu erti tarbiah?
apakah itu erti kesussahan?

walaupon aku tidak banyak menyumbang apa2 pada sekolaha tuh,tapi aku tetap bersyukur berada kat sekoalah yg telah banyak mengajar dan mendidik aku utk terus menjadi seorang manusia yg mengenal apakah itu islam....

tetapi,setelah setahun meninggalkan sekolah tuh,mcm2 cerita yang tidak sedap didengari...
aku berasa sangat terkilan.....aku berasa sangat geram dan aku berasa sangat sedeh...
tapi itulah hakikatnya...
perjuangan ingin menegakkan islam pasti akan ade gangguan...seperti mana pada awal permulaan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW ingin menyebarkan islam...banyak sangat gangguan...dihina,di cerca,di maki,di baling dengan taik dan macam2 dugaan yg diterima oleh nabi....maka tidak hairanlah kini selepas kewafatan baginda perjuangan yg baginda yg kita teruskan mesti juga akan ade gangguan...maka gangguan ini haruslah kita tepis dan halau agar kita dapat menegakkan kebenaran..so,perjuangan kita kenelah terus kuat bagi mempertahankannya...

kadang2 bila terpikir ade betol juga..gangguan2 yg berlaku ini kadang2 berpunca pada diri aku juga...adekah ape yg aku belajar di sekolah itu sudah aku applikasikan ataupon aku hanya simpan dan guna jika perlu je.....ia sama juga gangguan  seperti histeria.....anasir jahat akan masuk disebabkan diri kita sendiri...kita yg melakukan perkara2 yg membuatkan "benda" tu masuk....sama juga dengan realiti yg berlaku sekarang....banyak unsur2 israeliyat  yg telah masuk kedalam islam....ia disebabkan sape kalo bukan disebabkan umat islam itu sendiri....

oleh itu,jom kita sama2 muhasabah diri kita semula di samping kita perkukuhkan jemaah kita agar dapat berjuang menentang anasir2 jahat yg cuba meruntuhkan syiar islam itu..perjuanagan masih belom tamat....kita juga masih belom kalah....tiada istilah kalah dalam perjuangan menegakkan islam...ia adelah kemengan yg tertangguh...

aku menentang sekeras-kerasnya segala anasir2 jahat yg masuk kat dalam sekolah aku...
jangan dihilangkan tarbiah yg kami dapat dulu...
jangan membiarkan adek2 saya menjadi seperti robot...

"kita merancang dan ALLAH juga merancang,tetapi perancangan ALLAH itu yg terbaik"


SMAMAIWPDIHATI
#PRAYFORJIWAKITA